Friday, April 10, 2009

SUKMA '09 Last Version

Assalamualaiakum wth,

Virus selesema masih menapak riang di ruang lobi hidung aku. Bersin memanjang. Iskandar, roommate aku pun tak terkecuali menyertai Kelab Selesema Serantau. Dugaan sungguh. Tanpa dugaan atau cabaran dalam hidup, manusia akan mati. Aikkss..bukan sebab tak makan nasik beriyani gam ke manusia tak boleh hidup? Sudah tentulah makanan merupakan salah satu 'Energy Source' yang menjadi pemangkin kepada kemandirian spesis manusia berakal dari aspek jasmaninya. Bukanlah kerana tanpa makanan atau bahasa sanskrit tradisionalnya 'mengketedarah', manusia tidak dapat membuang air besar! Itu pandangan golongan ilmuan liberal kolot yang maha dungu. Tetapi jika dilihat dari jihat endowmentship atau dorongan untuk terus menjalani hidup nan sekali ini, aku berpendirian mengatakan manusia berhajat kepada x-factor, iaitu masalah. Dengan adanya masalah (endowmentship), *haiwan berakal seperti kita akan terdorong untuk terus menyelesaikannya lantas kehidupan kita akan bergerak sama. Bayangkan, hidup korang tanpa masalah, dugaan atau kesempitan. Makan tanggung, buang air besar cangkung. Hidupkah anda? Ya. memang hidup. Tetapi, hidup sebagai seorang 'Zombi Kampung Pisang' yang tiada hala tuju. Ingatlah, Allah tidak akan membebankan dengan taklifan atau sesuatu yang tidak mampu ditanggung oleh kita hamba-hambanya. Tapi ingat, ramai salah tafsir ayat ni. Solat tak boleh sebab assignment melambak, niat cukuplah. Itu korang siapkan alasan kat dalam kubur nantilah. Tak pun korang baca ayat bawah nih depan malaikat yang soal tu. Gerenti kena back-hand punya!

قوله تعالى: ﴿لاَ يُكَلِّفُ اللّهُ نَفْساً إِلاَّ وُسْعَهَا (286)﴾ سورة البقرة

"Sesungguhnya Allah tidak membebankan seseorang itu kecuali dengan kemampuannya" 286 : Al Baqarah

*Haiwan berakal atau haiwan berkata-kata merupakan satu istilah didalam Ilmu Mantik yang merujuk kepada manusia.

Pelikkan? Aku buat entri luar kemampuan jangkauan akal manusia ni? hahahha...
..........

Kuskus.
Tengah aku taip entry nih, seseorang menekan loceng rumah. Anonymous. Aku dengan penuh konsisten meluru ke muka pintu. Seorang wanita lingkungan 30-an ditemani seorang budak perempuan lingkungan belum didatangi bulan bintang Capricorn, terpacul. Aku menyambut ucapan salam Sayyidah (Cik Puan) berkaca mata power sekitar 200 tersebut dengan nada tenang dan mendatar, ditambah sedikit pitching lagu Sepasang Sayap nyanyian Ning Baizura. Aku sedikit tergamam. Beliau menghulurkan objek seakan-akan dulang yang bertutup kain kasa berwarna Oren berbelang hijau pucuk pisang (warna mukus?). Seraya itu, wajah beliau manis menuturkan, "Kuskus lakom!" (Kuskus untuk korang). Syukran! Tona suara aku bertukar sedikit seakan² suara Lan, vokalis Meet Uncle Husin. 5 minit kemudian, dulang berisi kuskus sebelumnya, bertukar licin seperti kulit Inul Darastita.

p/s: Apa itu kuskus? Nantilah aku cerita.

.........

SUKMA '09 Last Version. Entry terakhir pasal Sukma. Lepas ni, aku cerita pasal SINERGI '09 pulak. Banyak benda aku nak bagitau korang pasal program tu nanti. Anyway, enjoy the pics!

Duta Bokadius SUKMA '09

Penutup

Simbolik penyerahan kuasa Paklah kepada Najib

Blue team leader

Red Team Representive

Yellow Team Leader

Gambar ini aku touch-up skit pakai curves, colour balance dan sedikit brightness and contrast effect bagi menghasilkan hasil yang lebih nostalgic. Tak paham? Anggukkan aje.

Au revoir tout le monde!!

10 comments:

Haidar Fuad said...

syahidan..gmbr mna satu??duk cri gak mna syahidan nih

Syahiddmilikku said...

aiseyhh..
mau tau ke haidar?
ermm..test tengok kat gambar last, paling kanan, berdiri dan bertopi serta bermata zoro. huhuhu..

Haidar Fuad said...

x clear ar...

Syahiddmilikku said...

Haidar,
x pe². nanti saya letak gambar yang ada muka saya k..huhuhuh..

Sulela said...

Masa baca entry Chidan yang first tu, berputar2 akal cari makna tersirat dan tersurat. Pening woooo nak faham...hehehe. Yang kedua tu buat kak gelak guling2 tahap gaban dalam khayalan. Adoi la...bahasa punya best tuuuuu. Yang ketiga tu errrrmmmmm....tengok je dan angguk kepala hahaha...

IdaAnuar said...

apa kuskus tu..macam kus semangat aje.eh makcik tu nak ngurat alang tuk anak gadis dia yang belum ada bulan tu ke..?huhuhuhu

Syahiddmilikku said...

kak lela,
tinggi sgt kot bahasa saya nih. tak pon saya guna bahasa sanskrit..huhuhu..

mak long ida,
kuskus tu bukan angin tapi mkananan..huhu..nantilah kalau ada masa lang cerita. x bernafsu aa mak long kat budak kecik..kakkaakak..

Unknown said...

"Dan orang-orang yang beriman dan berhijrah serta berjihad pada jalan Allah (untuk membela Islam) dan orang-orang (Ansar) yang memberi tempat kediaman dan pertolongan (kepada orang-orang Islam yang berhijrah itu), merekalah orang-orang yang beriman dengan sebenar-benarnya. Mereka beroleh keampunan dan limpah kurnia yang mulia." (Al-Anfaal 8:74)

Salam ziarah dari saya,,blog yang menarik ,jemput muzakarah di blog saya....dan jadikan blog saya sebagai rakan anda..tq

a.b geldofg said...

meriah bro

Syahiddmilikku said...

anak pendang sekeluarga,
terima kasih. syukran. InsyaAllah

ab geldofg,
meriah sikit jah.
x macam hari raya pun, cuma ala² deepavali. huhuhu

Muzium

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...